Skip to main content

Setelah tamatnya acara Grand Prix Rustland minggu ini, Activision dan Beenox meneruskan lagi acara Grand Prix terakhir buat permainan Crash Team Racing Nitro-Fueled dengan acara Gasmoxia Grand Prix yang bakal berlangsung lewat malam ini.

Kandungan baharu ini merupakan kandungan ke-8 dan terakhir yang dilancarkan secara percuma buat permainan ini dan kali ini ianya memfokuskan perlumbaan di planet Gasmoxia yang terletak di angkasa dan udara yang sangat tinggi.

Selain itu, seperti biasa melalui kandungan ini, Activision juga akan memperkenalkan pelbagai litar, watak dan kelengkapan baharu buat pemain.

Antara kandungan baharu adalah litar baharu Drive-Thru Danger! dan watak baharu iaitu Empero Velo. Selain acara ini juga akan menyertakan pelbagai kart baharu yang pemain boleh dapatkan bersama-sama dengan barangan, pelekat dan cabaran baharu yang pemain boleh lakukan.

Acara Gasmoxia Grand Prix akan berlangsung bermula jam 11 malam hari ini, 20 Februari sehingga 22 Mac 2020 kelak di semua platform permainan ini.

Dengan pelancaran Gasmoxia Grand Prix ini, Activision juga menyatakan ini adalah acara Grand Prix terakhir buat permainan Crash Team Racing Nitro-Fueled dan setakat ini sejak pelancaran pelbagai acara Grand Prix lain, permainan ini menyertakan pelbagai kandungan dengan 40 jenis Kart, 51 watak dan sebagainya, seperti yang dinyatakan di imej di atas.

Semestinya sokongan ini adalah sangat bagus sekali buat permainan ini dan bagi anda yang masih belum memilikinya, Crash Team Racing Nitro-Fueled telah pun dilancarkan di konsol Playstation 4, Xbox One dan Switch. Kami juga sebelum ini telah pun mengulasnya di mana anda boleh membacanya di bawah.

Leave a Reply