Setelah melancarkan kemaskini Synthesis November lepas, hari ini Hello Games meneruskan lagi kemaskini buat permainan No Man’s Sky dengan memperkenalkan kapal angkasa “bernyawa” khas buat permainan tersebut.

Melalui kemaskini ini, pemain kini berupaya untuk memiliki kapal angkasa khas yang bernyawa yang dipanggil “Living Ship” di mana ianya adalah satu kapal yang sangat jarang untuk didapati. Selain itu, kemaskini ini juga menyertakan beberapa kandungan baharu seperti penceritaan bersama misi baharu yang pemain boleh lakukan.

Hello Games juga tidak terhenti setakat itu sahaja di mana kali ini mereka memperkenalkan pelbagai lagi barangan dan kelengkapan buat pemain yang dipanggil teknologi organik, iaitu seakan satu kelengkapan makhluk asing yang pemain boleh gunakan. Pemain juga kini berupaya untuk menemui pelbagai jenis objek angkasa yang unik dan makhluk asing di angkasa, termasuklah ancaman baharu.

Semestinya terdapat pelbagai kemaskini yang diumumkan di mana anda boleh membaca keseluruhan senarai kemaskini di laman rasmi No Man’s Sky.

Sejak pelancaran permainan ini pada 2016 lepas, Hello Games semestinya tidak henti untuk melancarkan pelbagai kandungan dan dengan keadaan permainan ini sekarang saya boleh katakan ianya adalah satu permainan pengembaraan angkasa yang sangat meluas dan pasti akan memuaskan mereka yang menyukai pengembaraan angkasa lepas.

No Man’s Sky telah pun dilancarkan di konsol Playstation 4, Xbox One dan PC di mana kemaskini ini adalah percuma untuk semua pemilik permainan ini dan ia boleh mula muat-turun hari ini.

Sohor Kini