Skip to main content

THQ Nordic pada Mei tahun lepas telah mengambil alih Piranha Bytes, bersama dengannya mereka kini memiliki IP Gothic iaitu permainan Aksi RPG yang pertama kali dikeluarkan pada tahun 2001.

Pada akhir bulan lepas, mereka mengeluarkan demo acah untuk versi olahan semula bagi permainan tersebut untuk pemain yang memiliki permainan asal. Bergantung kepada penerimaan pemain, mereka akan membangunkan secara penuh versi olahan semula tersebut.

Video pengumuman demo tersebut boleh ditonton di bawah.

Hari ini, THQ Nordic akhirnya mengesahkan yang penerimaan adalah positif dan mereka akan mula membangunkan versi olahan tersebut. Mereka mensasarkan untuk mengeluarkan permainan tersebut sekitar tahun ini untuk PC dan juga konsol generasi baharu.

Leave a Reply