Nerf adalah satu jenama pistol mainan yang agak popular. Ia mempunyai keunikan yang tersendiri, seperti rekaan yang direka lain daripada yang lain, mempunyai “kuasa” tersendiri dan pelbagai variasi peluru. Nerf turut terkenal dengan bekerjasama dengan pelbagai IP untuk hadir dengan rekaan pistol mainan berasaskan senjata-senjata dalam permainan video. Sebelum ini, Nerf pernah bekerjasama dengan Overwatch dan Fortnite.

Terkini, Nerf bekerjasama pula dengan Microsoft untuk rekaan pistol mainan berasaskan senjata dalam permainan Halo. Terdapat tiga pistol Nerf berbeza dengan keunikan masing-masing, yang pertama adalah raifal gempur (Assault Rifle) MA40 yang boleh memuatkan 10 damak. Ia juga mempunyai mekanisme klip automatik untuk menembak. Sedikit berbeza dengan senjata dalam permainan video, yang mana dalam video adalah automatik sepenuhnya – tetapi versi Nerf hanya boleh menembak satu damak sahaja. Ia akan dijual pada harga $50, iaitu sekitar RM208 dan akan menyertakan kod tema warna dalam permainan Halo: Infinite.

Seterusnya adalah barisan senjata Microshots. SPNKR adalah senjatanya yang mana adalah salah satu senjata UNSC, ia mempunyai dwi-barel pelancar roket yang boleh menembak satu damak – tetapi Nerf menyertakan dua damak. Senjata terakhir adalah berasaskan Needler, yang mana hanyalah pistol biasa sahaja yang boleh menembak satu damak sahaja. Tetapi menariknya, ia mengekalkan rekaan seakan senjata pasukan Covenant. Kedua-duanya akan dijual pada harga $10, iaitu sekitar RM41.6.

Kesemua “senjata” Nerf bertemakan Halo ini akan dijual pada 1 Oktober, yang mana adalah tarikh yang sama untuk permainan video Halo: Infinite keluar dan tarikh pelancaran Xbox Series X.

Sohor Kini