Skip to main content

Pada tahun lepas, kami telah melaporkan yang pembangun Planet Digital Partners akan mengeluarkan permainan Cooking Mama untuk Nintendo Switch.

Hari ini berdasarkan satu video acah yang tertiris, tampaknya permainan Cooking Mama untuk Switch berjudul Cooking Mama: CookStar dan akan tiba pada bulan depan.

Anda boleh tonton video tersebut di bawah.

https://www.youtube.com/watch?v=iPH_9xNeHTk

Seperti laporan sebelum ini, permainan Cooking Mama ini akan menyertakan olahan semula untuk bentuk permainan seperti mod vegetarian dan rantaian-blok.

Melalui video tersebut, ia juga diperlihatkan yang Mama kini adalah selebriti sosial media, selepas setiap masakan, Mama akan mengambil gambar makanan tersebut dan boleh juga meletakkan pelbagai pelekat.

Buat masa ini, masih tiada pengumuman rasmi dilakukan, akan tetapi dengan tarikh pengeluaran makin hampir, ia semestinya akan dilakukan tidak lama lagi.

Leave a Reply