Skip to main content

Larian Studio telah mengumumkan permainan seterusnya untuk siri RPG klasik Baldur’s Gate 3 pada pertengahan tahun lepas, kemudian mereka juga mengumumkan akan membuka satu studio pembangunan di Malaysia, di mana ia akan terlibat di dalam pembangunan permainan ini.

Selain itu, tiada banyak maklumat terbaru yang dikongsi oleh mereka sehinggalah minggu ini, apabila mereka mengumumkan, di acara PAX East yang bermula pada 27 Februari ini, mereka akan buat pertama kali memperlihatkan bentuk permainan bagi permainan tersebut.

Walaupun pemain yang tidak dapat menghadiri PAX East, mereka akan turut melakukan penstirman langsung di Youtube pada hari tersebut iaitu pada 4 pagi 28 Februari 2020.

Leave a Reply