Skip to main content

Sebelum ini kami melaporkan yang mana permainan Little Town Hero, iaitu permainan yang dibangunkan oleh pembangun siri permainan Pokemon akan tiba di konsol PlayStation 4 selepas pelancarannya di konsol Switch.

Terkini, Game Freak dan NIS America akhirnya mengumumkan tarikh pelancarannya secara global iaitu ia bakal tiba pada bermula 2 Jun 2020 ini mengikut pasaran Amerika Syarikat, Eropah dan Oceania. Bagi pasaran Jepun, ianya bakal tiba 23 April 2020 ini.

Selain itu, NIS America dan Game Freak juga mengesahkan yang mana mereka akan melancarkan edisi fizikal permainan ini buat konsol PlayStation 4 seperti mana yang mereka lancarkannya di konsol Switch sebelum ini.

Edisi fizikal Little Town Hero: Big Idea Edition akan menyertakan beberapa kandungan khas dengan harga bermula $49.99(~RM208) dan berikut adalah barangan yang disediakan:

  • Permainan penuh Little Town Hero
  • Buku karya
  • Poster
  • Set pin lapel
  • Muzik latar rasmi
  • Kotak khas

Seperti yang dilaporkan oleh kami sebelum ini, Little Town Here merupakan permainan RPG di mana pemain akan bermain sebagai seorang kanak-kanak lelaki bernama Axe dan bertempur dengan raksasa-raksasa yang cuma menyerang perkampungan pemain.

Melalui permainan ini, ianya memfokuskan bentuk pertempuran secara turutan dengan elemen strategi yang sangat mendalam. Ini sekaligus memberi bentuk permainan yang sangat mendalam di samping bentuk taktikal buat pemain untuk mempertahan perkampungan tersebut.

Bagi anda yang berminat dengan permainan ini, anda boleh menandakan di kalendar anda pada bulan Jun ini untuk mendapatkannya di konsol PlayStation 4. Manakala di konsol Switch, ianya telah pun dilancarkan tahun lepas.

Leave a Reply