Sayonara Wild Hearts sebelum ini dilancarkan di konsol PlayStation 4, Switch, PC dan juga sebahagian daripada permainan di langganan Apple Arcade. Ianya dibangunkan oleh Simogo dan dilancarkan oleh Annapurna Interactive.
Terkini, mereka mengumumkan yang mana permainan ini akhirnya akan tiba di konsol Xbox One pada minggu hadapan, iaitu 25 Februari 2020 ini.
Sayonara Wild Hearts merupakan permainan video yang bertemakan muzik pop dimana pemain akan bermain dalam pelbagai bentuk permainan seperti menaiki motosikal, papan luncur, menembak laser dan pelbagai lagi dengan kadar kelajuan sehingga melebihi 300KM sejam.
Di dalam dunia futuristik ini, pemain akan mengawal pelbagai jenis watak seperti Little Death, Dancing Devils, Howling Moons, Stereo Lovers dan Hermit 64 dengan pelbagai bilangan jenis muzik pop yang menarik bersama muzik latar vokal khas yang dibangunkan buat permainan ini.
Anda boleh dapatkannya bermula minggu hadapan di konsol Xbox One, manakala di platform lain ianya telah pun dilancarkan.