Square-Enix hari ini menyatakan yang mana mereka akan melancarkan kemaskini utama terakhir buat permainan Dissidia Final Fantasy NT pada bulan Mac ini.

Menurut Ichiro Hazama, iaitu penerbit permainan ini, kemaskini ini merupakan kemaskini terakhir untuk permainan ini buat konsol PlayStation 4, PC dan juga versi arked di mana ianya dikatakan adalah satu kemaskini utama.

Dari segi servis atas-talian permainan tersebut, ianya akan berjalan seperti biasa selepas kemaskini utama tersebut dan ia tidak akan terjejas untuk sebarang sesi multi-pemain secara atas-talian. Pengarah permainan ini iaitu Takeo Kujiraoka juga menyatakan yang mana mereka tiada sebarang rancangan untuk melancarkan sekuel permainan ini.

Menurut laporan Gematsu, kemaskini tersebut akan dilancarkan pada 20 Februari 2020 ini untuk versi arked, manakala di konsol PlayStation 4 dan PC, ianya bakal tiba pada 5 Mac 2020 ini.

Salah satu kemaskini utama tersebut akan menyertakan rupa ke-3 dan senjata ke-5 buat watak Emperor Mateus dan Cloud Of Darkness seperti yang diperlihatkan di video acah di bawah.

Dissidia: Final Fantasy NT telah pun dilancarkan di Playstation 4 tahun lepas. Ianya juga mempunyai versi PC yang dilancarkan bersama edisi percuma yang mempunyai putaran watak berbeza setiap minggu. Kami juga sebelum ini telah membuat ulasan penuh buat permainan ini di mana anda boleh membacanya di bawah.

Sohor Kini