Januari lepas, Nintendo dan The Pokémon Company mengumumkan siir animasi Pokémon: Twilight Wings yang mana ianya adalah siri animasi Pokémon berdasarkan rantau Galar iaitu rantau rasmi buat permainan Pokémon Sword dan Pokémon Shield.
Terkini, episod kedua buat animasi tersebut akhirnya boleh ditonton secara percuma melalui Youtube yang mana ianya memfokuskan watak Bea berlatih di pergunungan setelah tewas dengan Leon.
Seperti yang dinyatakan oleh The Pokémon Company sebelum ini, siri animasi ini akan memfokuskan rantau Galar dengan lebih mendalam termasuklah sejarah watak-watak dan konflik yang mereka hadapi di dalam dunia tersebut. Ianya juga disahkan mempunyai 7 episod secara keseluruhan dan setiap episod akan dilancarkan setiap bulan bermula bulan lepas dengan episod pertama.
Bagi anda yang ingin menonton episod kedua, anda boleh menontonnya di bawah.