Skip to main content

Tampaknya langganan Xbox Game Pass semakin hari menjadi semakin berbaloi di mana hari ini, Microsoft mengumumkan pelbagai lagi permainan yang akan tiba buat langganan tersebut bermula minggu hadapan.

Bagi langganan Xbox Game Pass di konsol, Microsoft hari ini mengumumkan 6 permainan akan tiba bermula minggu ini sehingga minggu hadapan. Salah satunya adalah dari siri permainan Yakuza, seperti mana yang dijanjikan oleh Microsoft sebelum ini. Berikut adalah adalah senarai permainan yang bakal tiba mengikut tarikh:

  • Ninja Gaiden II (Bakal tiba 20 Februari 2020)
  • Kingdom Hearts 3 (Bakal tiba 25 Februari 2020)
  • Wasteland Remastered (Bakal tiba 25 Februari 2020)
  • Two Point Hospital (Bakal tiba 25 Februari 2020)
  • Yakuza 0 (Bakal tiba 26 Februari 2020)
  • The Jackbox Party Pack 3 (Bakal tiba 27 Februari 2020)

Bagi langganan Xbox Game Pass di PC pula, Microsoft juga mengumumkan sebilangan permainan yang akan tiba buat platform tersebut. Namun dari segi tarikh, ianya tidak dinyatakan, namun kami percaya ianya juga bakal tiba sekitar minggu hadapan.

Berikut adalah 5 permainan yang diumumkan untuk langganan Xbox Game Pass di PC:

  • Yakuza 0
  • Wasteland Remastered
  • Reigns: Game Of Thrones
  • Two Point Hospital
  • Indivisible

Langganan Xbox Game Pass menyediakan lebih daripada 100 permainan oleh pelbagai penerbit yang anda boleh mainkan dengan hanya harga langganan serendah $9.99(~RM42) sebulan sahaja bagi versi konsol dan bagi versi PC pula berharga $4.99(~RM25). Anda juga boleh mendapatkannya berkas langganan Xbox Game Pass Ultimate yang menyertakan kedua-dua langganan Xbox Game Pass di PC dan di konsol bersama Xbox Live Gold.

Bagi anda yang ingin mengetahui lanjut, ataupun ingin mengetahui cara untuk melanggan Xbox Games Pass for PC anda boleh membacanya di artikel – 5 Tip Penggunaan Xbox Game Pass for PC.

Leave a Reply