Nintendo hari ini mengumumkan acara penstriman Nintendo Direct berkenaan permainan Animal Crossing: New Horizon akan di adakan esok.
Bersempena dengan pelancaran permainan tersebut pada 20 Mac 2020 ini, acara tersebut akan memperlihatkan dengan lebih lanjut berkenaan permainan tersebut secara terperinci dengan persembahan sekitar 25 minit.
Bagi waktu tempatan, ianya akan ditayangkan pada jam 10 malam, esok iaitu 20 Februari 2020 ini dan untuk menontonnya anda boleh ke saluran rasmi Nintendo di Youtube.
Seperti biasa kami di Aksiz pasti akan mengemaskini segala pengumumannya kelak.