Paradox Interactive dan Romero Games hari ini mengumumkan yang man permainan akan datang mereka iaitu Empire Of Sin akan ditunda.

Menurut kenyataan mereka di Twitter, permainan tersebut dijadualkan untuk tiba lewat tahun ini, sekitar suku ketiga tahun ini yang mana seperti biasa, mereka memerlukan masa untuk tingkatkan kualiti permainan tersebut. Permainan tersebut asalnya dijadualkan untuk dilancarkan suku kedua tahun ini.

Bagi anda yang tidak mengetahui berkenaan permainan Empire Of Sin, ianya adalah permainan strategi empayar jenayah yang diumumkan ketika acara E3 tahun lepas melalui Nintendo Direct.

Permainan tersebut memfokuskan bandaraya Chicago ketika tahun 1920an di mana pemain perlu membina empayar jenayah dan pada masa yang sama mempertahankan daripada serangan musuh. Ketika Gamescom tahun lepas, Paradox Interactive juga memperlihatkan bentuk permainannya dengan lebih terperinci.

Empire Of Sin bakal tiba di konsol PlayStation 4, Xbox One, Switch dan juga PC.

Sohor Kini