Tahun lepas, kami berkongsi yang mana jumlah pemain permainan The Witcher 3 meningkat di Steam sehingga hampir 100,000 pemain serentak sejak tayangan siri The Witcher di Netflix.

Terkini, tampaknya jualan permainan tersebut juga meningkat di mana PC Gamer hari ini melaporkan jualan The Witcher 3: Wild Hunt meningkat sebanyak 554% iaitu sekitar 5 kali ganda pada bulan Disember 2019 berbanding Disember 2018 untuk semua platform.

Selain itu, laporan tersebut juga menyatakan jumlah pemain buat permainan The Witcher pertama dan kedua juga meningkat bagi bulan Januari 2020 bersama-sama dengan novel asal oleh Andrezej Sapkowski yang mana juga dilaporkan laris dengan jumlah cetakan baharu yang ditingkatkan sehingga 500,000 salinan.

Semestinya kesemua ini adalah disebabkan tayangan siri Netflix tersebut yang mana kini Netflix juga mengesahkan musim kedua dan siri animasi khas The Witcher kini di dalam pembangunan.

Semestinya dengan kejayaan ini, kami berharap agar siri The Witcher akan terus menjadi salah satu siri ikonik bukan sahaja buat pemain video, malah dengan siri animasi dan siri Netflix.

Sohor Kini