Skip to main content

Pada tahun 1985, Steven Spielberg ada menghasilkan sebuah siri TV antologi berjudul “Amazing Stories”. Siri TV ini mempunyai dua musim dan dihentikan selepas musim kedua pada tahun 1987. Musim pertama mempunyai 24 episod, manakala musim kedua mempunyai 21 episod. Siri TV ini mempunyai pelbagai genre dari seram, fantasi dan sains fiksyen.

Terkini, siri TV ini diolah semula untuk disiarkan di platform penstriman video Apple – Apple TV+. Apple baru-baru ini berkongsi video acah baharu, yang mana menyatakan dalam musim ini hanya akan terdapat lima episod sahaja. Melalui video acah, ia memperlihatkan beberapa episod yang menarik. Antaranya adalah seorang atuk yang memiliki kuasa adiwira, manusia dengan kuasa-kuasa luar biasa dan juga ada beberapa klip untuk episod yang menyeramkan. Apple juga dilaporkan sudah memulakan projek ini sejak tahun 2017 lagi dan hanya tahun ini ia akan disiarkan di Apple TV+.

Untuk olahan semula “Amazing Stories” ini, ia dihasilkan oleh Amblin Productions – iaitu studio milik Steven Spielberg. Ia akan mula disiarkan pada 6 Mac 2020. Bagi yang berminat, sama-sama kita nantikan.

Leave a Reply