Tahun lepas kami berkongsi yang mana permainan Warface di konsol PlayStation 4 dan Xbox One akhirnya menerima kemaskini sokongan resolusi 4k dan kini, My.Com dan Allods Team akhirnya melancarkan permainan ini di konsol Switch.
Warface merupakan permainan penembak pandang pertama yang memfokuskan bentuk multi-pemain secara atas-talian. Ianya sebelum ini telah pun dilancarkan di PC dan konsol PlayStation 4 dan Xbox One.
Warface menyertakan 5 kelas watak yang menyertakan beberapa kemahiran khas dan pelbagai jenis pengubah-suaian watak, kelengkapan dan senjata. Ianya juga memfokuskan beberapa bentuk misi secara koperasi dan bentuk multi-pemain perlawanan dengan lebih dari 50 peta.
Bagi anda yang berminat, ianya boleh dimuat-turun secara percuma melalui Nintendo eShop.