Skip to main content

Dikemaskini: Nintendo Amerika mengumumkan yang mana di Amerika Syarikat, Switch Lite berwarna merah jambu “Coral” tersebut akan tiba pada 3 April 2020 ini. Sekaligus bagi pasaran Malaysia, kita mungkin akan mendapatnya sekitar tarikh yang sama.

Artikel Asal: Tahun lepas, Nintendo melancarkan konsol Switch Lite secara rasmi yang mana ianya adalah konsol Switch versi mudah-alih khas yang tidak boleh disambungkan ke TV dan JoyCon tidak boleh dikeluarkan.

Ketika pelancarannya, Nintendo menyediakan 3 pilihan warna iaitu Kuning, Kelabu dan Turquoise. Terkini, Nintendo tampaknya menambah satu lagi pilihan warna baharu iaitu warna merah jambu “Coral”.

Menurut kenyataan Nintendo, warna merah jambu “Coral” akan mula dijual pada 20 Mac 2020 ini di pasaran Jepun dan pra-tempah akan bermula 7 Mac 2020. Bagi pasaran global, Nintendo masih belum mengumumkannya.

Namun kami percaya pilihan warna ini pasti akan tiba di pasaran global kelak, memandangkan tarikh pelancaran 20 Mac 2020 merupakan pelancaran permainan Animal Crossing: New Horizon, yang mana boleh dikatakan antara permainan terbesar oleh Nintendo untuk tahun ini.

Konsol Nintendo Switch Lite telah pun dilancarkan di pasaran Malaysia dengan harga sekitar RM749, mengikut tawaran yang disediakan oleh kedai dan pengedar rasmi Nintendo.

Leave a Reply