Skip to main content

Bagi anda yang bermain permainan Call Of Duty: Modern Warfare sekarang ini, anda pasti tertanya-tanya berkenaan satu menu yang dihitamkan dan dilabelkan sebagai “Classified” di menu utama permainan tersebut. Namun, tampaknya “Mod” tersebut mungkin adalah mod yang dinantikan oleh ramai pemain iaitu mod pertempuran Royale.

Berdasarkan laporan Video Games Chronicle, mod tersebut akan dipanggil Warzone yang mana ianya dibangunkan oleh Infinity Ward bersama Raven Software dan ianya juga kelihatan akan dilancarkan secara berasingan buat semua pemain secara percuma.

Buat masa ini, tarikh pelancarannya mahupun pengumuman rasmi masih belum dikongsikan secara rasmi oleh Activision dan berdasarkan laporan ianya kelihatan akan tiba sekitar awal Mac ini.

Selain itu, laporan tersebut juga menyatakan yang mana berdasarkan data yang diambil oleh kemaskini musim kedua permainan Call Of Duty: Modern Warfare, Call Of Duty: Warzone akan menyokong sehingga 200 pemain di dalam satu pulau yang lebih besar dan ianya juga mungkin akan menyertakan fungsi Ping seperti Apex Legends bersama-sama dengan fungsi kemahiran berdasarkan jumlah pembunuhan “Killstreak” seperti mana mod permainan multi-pemain Call Of Duty sebelum ini.

Seperti yang kami nyatakan di atas, mod ini juga akan dilancarkan secara berasingan buat semua pemain secara percuma dan juga pemain yang sudahpun memiliki permainan Call Of Duty: Modern Warfare juga boleh mengakses mod tersebut secara terus.

Walaubagaimana pun, kesemua informasi ini masih lagi satu berita yang tertiris dan berdasarkan data yang diambil daripada kemaskini permainan sahaja. Sekaligus ianya setakat ini hanyalah satu ura-ura sahaja dan selagi Activision tidak mengumumkannya secara rasmi, ianya masih tidak disahkan akan dilancarkan kelak.

Seperti biasa, kami pasti akan mengemaskini jika Activision mengumumkan kelak secara rasmi.

Leave a Reply