I Am Not Okay With This merupakan siri terbaru Netflix dan ia akan mula ditayangkan pada 26 Februari ini. Ia adalah siri berdasarkan novel grafik berjudul sama oleh Charles Forsman.

Siri ini adalah mengenai Sydney iaitu seorang remaja yang terpaksa menghadapi pelbagai masalah di dalam kehidupan seperti masalah keluarga, sekolah serta persahabatan. Ia bertambah rumit, apabila kuasa “telekinetic” mula hadir.

Selepas berkongsi satu video pendek mengenai siri ini pada awal bulan ini, Netflix akhirnya berkongsi video acah untuknya, di mana anda boleh menontonnya di bawah.

https://www.youtube.com/watch?v=M9vp9lhZiqU

Berdasarkan video acah tersebut, boleh dikatakan ia adalah gabungan antara siri Stranger Things dan The End of F***ing World, dan oleh kerana siri ini berkongsi penerbit dan pengarah yang sama, perbandingan tidak boleh dielakkan.

Adakah ini akan menjadi Stranger Things baharu untuk Netflix ataupun mengecewakan seperti Locke and Key? Sama-sama kita nantikan.

Sohor Kini