Ubisoft hari ini mengumumkan yang mana mereka akan melancarkan kostum khas Lara Croft dari siri Tomb Raider, buat permainan Tom Clancy’s Rainbow Six Siege.
Kostum ini adalah khas buat watak Operator Ash dan ia bakal tiba bersama musim seterusnya permainan tersebut iaitu Operation Void Edge.
Berdasarkan video acah yang diperlihatkan, set kostum Tomb Raider Elite ini akan menyertakan beberapa kandungan seperti animasi kemenangan khas, kostum Tom Raider, rekaan gajet M210 Crem Breaching Round dan Launcher khas, rekaan senjata G36C, R4-C, M45 Meusoc, 5.7 USG khas dan Charm Lara Crofot Chibi khas.
Namun buat masa ini, tarikh pelancaran Operation Void Edge masih belum diumumkan dan ianya adalah musim pertama untuk tahun kelima buat permainan ini dan dengan kenyataan Ubisoft semalam berkenaan Rainbow Six Siege akan ke konsol generasi seterusnya, kami percaya Ubisoft akan terus menyokong permainan ini sehingga tahun-tahun akan datang.
Rainbow Six Siege merupakan permainan penembak pandang pertama yang dibangunkan oleh Ubisoft. Ia dilancarkan sejak 2015 lepas dan menerima pelbagai kemaskini oleh Ubisoft dengan pelbagai penambahan Operator baru dan peta kawasan baru. Bagi anda yang berminat, permainan tersebut boleh dimainkan di Playstation 4, Xbox One dan PC.