Penantian menjadi semakin mencabar apabila April bakal tiba sekitar sebulan setengah sahaja lagi untuk pelancaran permainan Final Fantasy VII Remake di konsol PlayStation 4.

Terkini, seorang pengguna di Reddit memuat-naik satu imej yang memperlihatkan cetakan karya kotak permainan tersebut di mana ianya menyenaraikan beberapa informasi berkenaan permainan tersebut.

Seperti yang kami laporkan sebelum ini, permainan Final Fantasy VII Remake tampaknya akan hadir secara dua cakera Blu-Ray bagi versi fizikal dan jumlah saiz permainan tersebut juga disahkan sehingga 100GB.

Meskipun begitu, buat masa ini ianya masih satu imej yang tertiris di Internet sahaja dan Square-Enix tidak lagi berkongsi sebarang pengumuman rasmi berkenaan saiz penuh permainan ini.

Semestinya jumlah ini adalah sangat besar dan bagi anda yang pernah membeli permainan Red Dead Redemption 2 secara fizikal, permainan tersebut juga diedarkan dengan dua cakera Blu-Ray dan boleh dikatakan ianya adalah satu permainan yang sangat besar. Kelihatan permainan Final Fantasy VII Remake juga mungkin akan menjadi satu lagi permainan yang besar buat konsol PlayStation 4.

Meskipun begitu, buat masa ini Square-Enix masih belum menyatakan berapa jumlah episod buat permainan ini di mana sebelum ini Square-Enix mengesahkan Final Fantasy VII Remake akan dilancarkan secara berepisod. Sekaligus dengan informasi ini, kami percaya permainan Final Fantasy VII Remake pasti akan menjadi permainan terbesar dan satu olahan semula yang sangat menyeluruh.

Final Fantasy VII Remake akan dikeluarkan pada 10 April 2020 eksklusif di konsol PlayStation 4 sehingga 2021. Kami sebelum ini juga telah pun membuat pandang pertama buat permainan ini di mana anda boleh membacanya di bawah.

Sohor Kini