Informasi Permainan Video Terkini
Jualan Promosi Bethesda Berlangsung Di GOG – Dapatkan Dishonored 2 Serendah RM40
PC

Jualan Promosi Bethesda Berlangsung Di GOG – Dapatkan Dishonored 2 Serendah RM40

Diterbitkan pada Feb 18, 2020 oleh .

Bethesda telah menambah beberapa permainan yang mereka tawarkan melalui GOG, di mana setiap permainan ditawarkan tanpa DRM dan pemain yang membelinya boleh bermain tanpa memerlukan sebarang klien permainan.

Mereka juga telah menganjurkan jualan promosi, di mana kesemua permainan oleh mereka yang terdapat di GOG ditawarkan dengan harga yang lebih murah.

Berikut adalah antara permainan yang ditawarkan;

  • Dishonored: Definitive Edition – $6.99 (RM29)
  • Dishonored 2 – $9.99 (RM 40)
  • Dishonored: Complete Edition – $23.99 (RM99)
  • Wolfenstein: The New Order – $5.99 (RM24)
  • Fallout: New Vegas Ultimate Edition – $5.99 (RM24)

Jualan promosi ini akan berakhir pada 25 Februari, jadi pastikan anda mendapatkan permainan yang anda inginkan sebelum itu.


TIPS & ULASAN