Skip to main content

Sebelum ini kami melaporkan yang The Division 2 untuk PC ditawarkan dengan harga yang sangat rendah iaitu RM10 sahaja melalui UPlay, namun kini tampaknya tawaran tersebut sudah berakhir tetapi masih ditawarkan dengan harga promosi iaitu RM35.

Jika anda tidak memiliki PC, ataupun ingin mendapatkan permainan ini di konsol, Ubisoft juga menawarkan permainan tersebut dengan harga murah untuk PlayStation 4 dan Xbox One.

Anda boleh dapatkan The Division 2 melalui PS Store dengan harga RM36.60, manakala untuk Xbox One dengan harga $2.99 (RM12.40). Tawaran ini adalah sehingga 2 Mac 2020.

[info]Uplay (PC): The Division 2[/info] [info]PS Store: The Division 2[/info] [info]Xbox Store: The Division 2[/info]

Leave a Reply