Skip to main content

Epic Games Store buat masa ini sedang menawarkan dua permainan percuma iaitu Kingdom Come: Deliverance dan Aztez, anda boleh mendapatkan permainan tersebut sehingga 21 Februari.

Sebelum ini, kami melaporkan yang pada 21 Februari mereka akan menawarkan satu permainan iaitu Faeria sebagai permainan percuma, tetapi hari ini, Epic Games Store menambah satu lagi permainan iaitu Assassin’s Creed Syndicate.

Syndicate merupakan permainan ke-9 di dalam siri utama Assassin’s Creed, ia dikeluarkan pada tahun 2015, dan bagi kami adalah satu permainan yang baik terutama selepas pelbagai masalah bagi Assassin’s Creed Unity.

Bagi anda yang tidak pernah mencuba ataupun ingin bermainnya sekali lagi, nantikan ia ditawarkan percuma. Sebelum itu, jangan lupa untuk dapatkan Kingdom Come: Deliverance dan Aztez.

[download]Epic Games Store: Kingdom: Come Deliverance[/download]

[download]Epic Games Store: Aztez [/download]

Leave a Reply