Diantara kerisauan orang ramai mengenai pelancaran konsol-konsol generasi akan datang Sony PlayStation 5 dan Microsoft Xbox Series X ialah jumlah tajuk-tajuk permainan yang akan tiba untuk konsol tersebut.
Baru-baru ini, Leroy Athanassof, Pengarah Permainan di Ubisoft telah mengesahkan bahawa Rainbow Six Siege untuk konsol generasi akan datang akan dijual pada hari pertama konsol-konsol tersebut keluar di pasaran.
Lebih menarik lagi, Athanassof turut mengesahkan beberapa butiran tambahan mengenai Rainbow Six Siege untuk konsol-konsol baru tersebut. Pertama ialah ia akan hadir dengan sokongan rentas-platform untuk konsol-konsol yang lain, seperti PlayStation 4, Xbox One dan Xbox Series X.
Sayangnya, buat masa ini kebolehan rentas-platform kepada PC masih belum diketahui lagi. Walaupun begitu, Athanassof turut mengesahkan bahawa apabila versi konsol baru dijual, Rainbow Six Siege akan menerima kandungan sama seperti versi PC.