Informasi Permainan Video Terkini
Permainan Mudah Alih Sonic at the Olympic Games Akan Tiba Mei Ini

Permainan Mudah Alih Sonic at the Olympic Games Akan Tiba Mei Ini

Diterbitkan pada Feb 17, 2020 oleh .

Sega hari ini mengumumkan permainan sampingan untuk “Mario & Sonic at the Olympic Games” iaitu permainan mudah alih “Sonic at the Olympic Games” akan dikeluarkan secara global pada 7 Mei 2020 untuk iOS dan Android.

Sebagai permainan Olimpik, ia akan menyertakan lebih 15 acara sukan yang pemain boleh bertanding antaranya adalah lumba lari, lompat jauh , lontar peluru, karate dan ping pong. Selain itu terdapat juga pelbagai permainan mini.

Anda boleh bermain secara dalam talian dan bertanding untuk menjadi terbaik bagi di dalam ranking.

Pra-daftar untuk permainan ini, kini dibuka di mana bergantung kepada jumlah pemain yang mendaftar, pelbagai ganjaran akan diberikan;

  • 100,000 pra-daftar – Muzik “Ocean View” daripada Team Sonic Racing
  • 300,000 pra-daftar – akan mendapat “Training Points” untuk membuka acara dan juga skills.
  • 500,000 pra-daftar – mendapat lencana berdasarkan watak Miraitowa, iaitu maskot untuk sukan Olimpik Tokyo 2020.

Untuk maklumat lanjut, anda boleh layari laman rasmi permainan ini; http://www.olympicvideogames.com/sonic/.

Pra-daftar: Sonic at the Olympic Games


TIPS & ULASAN