Informasi Permainan Video Terkini
Atelier Ryza: Ever Darkness & The Secret Hideout Mencapai Jumlah Edaran Sebanyak 350,000 Salinan

Atelier Ryza: Ever Darkness & The Secret Hideout Mencapai Jumlah Edaran Sebanyak 350,000 Salinan

Diterbitkan pada Feb 17, 2020 oleh .

Koei Tecmo dan Gust minggu ini mengumumkan yang mana permainan Atelier Ryza: Ever Darkness & The Secret Hideout yang dilancarkan tahun lepas, telah diedarkan dan dijual secara digital melebihi 350,000 salinan.

Bersempena dengan pengumuman ini, Gust juga berkongsi satu ilustrasi khas watak Ryza yang anda boleh lihat di bawah. Dengan ini, kami juga ingin ucapkan tahniah buat Koei Tecmo dan Gust atas kejayaan ini.

Atelier Ryza: Ever Darkness & The Secret Hideout akan memfokuskan penceritaan baharu yang mana pemain akan bermain sebagai seorang watak gadis bernama Ryza, di mana beliau ingin melarikan diri dari kampung halamannya yang membosankan bersama-sama rakan mereka. Namun, ketika mereka mengembara di satu kepulauan terlarang, mereka menemui seorang ahli sihir yang mengubah keseluruhan hidup mereka.

Atelier Ryza: Ever Darkness & The Secret Hideout telah pun dilancarkan di konsol PlayStation 4, Switch dan juga PC melalui Steam.


TIPS & ULASAN