Tahun lepas, CoreCell Technology melancarkan permainan AeternoBlade II secara rasmi di konsol yang mana ianya merupakan permainan aksi yang memfokuskan pertempuran pedang dan kini, mereka mengumumkan permainan tersebut akan dikemaskini dengan kemaskini Director’s Rewind dan versi Steam juga diumumkan.
Menurut pembangun, AeternoBlade II: Director’s Rewind akan menyertakan beberapa pernaik-tarafan hasil maklum balas pemain. Antara kemaskini yang diumumkan adalah peningkatan kawalan pemain, sistem pertempuran yang diolah semula dan pelbagai kandungan dari segi peringkat permainan, musuh dan kandungan rahsia yang boleh diterokai.
Menariknya, bagi anda yang memiliki permainan ini di konsol, CoreCell Technology mengesahkan ianya akan tiba secara percuma melalui kemaskini permainan dan bagi pemain PC, ianya juga akan dilancarkan bersama kemaskini ini. Namun tarikh pelancarannya masih belum diumumkan, namun ianya disahkan bakal tiba di Steam.
AeternoBlade II telah pun dilancarkan di konsol PlayStation 4, Xbox One dan Switch pada Oktober lepas.