Informasi Permainan Video Terkini
30XX Diumumkan – Sekuel Kepada Permainan Berinspirasikan Siri Mega Man

30XX Diumumkan – Sekuel Kepada Permainan Berinspirasikan Siri Mega Man

Diterbitkan pada Feb 17, 2020 oleh .

Beberapa tahun lepas, Batterystaple Games dan Fire Hose Game melancarkan permainan 20XX, iaitu permainan aksi platformer yang berinspirasikan siri Mega Man dan kini, mereka mengumumkan sekuel kepada permainan tersebut iaitu 30XX.

Seperti permainan sebelum ini, ianya akan mempunyai bentuk permainan yang sama namun Nina dan Ace, iaitu watak utama siri ini akan kembali dengan beberapa kemahiran baharu seperti kemahiran Power Fusion yang berupaya untuk menggabungkan kuasa ketua musuh dengan 64 jenis serangan berbeza. Manakala Ace pula akan dilengkapi dengan serangan kombinasi baharu.

Selain itu, seperti 20XX, mod koperasi juga akan kembali disamping dengna berapa kandungan baharu seperti cabaran Roguelike dan pengumpulan barangan koleksi Memoria.

Menurut Batterystaple Games, permainan ini akan dilancarkan sekitar tahun 2021 ini di konsol dan PC melalui Steam.


TIPS & ULASAN