The Division 2 Ditawarkan Dengan Harga RM 10 Melalui Uplay

Jika semasa jualan promosi Tahun Baharu Cina, Ubisoft telah menawarkan permainan looter shooter The Division 2 dengan harga RM31, kini menawarkan permainan tersebut dengan jauh lebih murah iaitu RM10 sahaja.

Harga promosi ini adalah bersempena dengan penambahan kandungan untuknya, iaitu Warlords of New York akan tiba pada bulan depan. Jika anda ingin mendapatkan bersama dengan penambahan tersebut, ia ditawarkan dengan harga RM115.

The Division 2 bagi kami antara permainan looter shooter yang baik dan anda boleh baca ulasan penuh kami melalui pautan ini; Ulasan The Division 2 – Permainan Looter Shooter Yang Sangat Baik.

Beli The Division 2

Sohor Kini