Skip to main content

Bulan lepas, Wau Animation mengumumkan sesi pendaftaran khas buat permua seterusnya oleh mereka iaitu Ejen Ali: Agent’s Arena yang mana ianya adalah permua berdasarkan siri animasi Ejen Ali yang memfokuskan bentuk permainan MOBA.

Terkini, Wau Animation mengumumkan bahawa permua tersebut sudah pun boleh dimuat-turun buat mereka yang membuat pendaftaran tersebut.

Seperti yang dinyatakan di kenyataan rasmi di Facebook rasmi Ejen Ali di atas, untuk memuat-turun permua tersebut anda hanya perlu ke , dan anda boleh terus memuat-turun permua tersebut secara percuma.

Dukacitanya, kami di Aksiz tidak berjaya untuk memuat-turunnya atas mungkin emel kami tidak disenarai oleh Wau Animation.

Meskipun begitu, bagi anda telah pun mendaftar bulan lepas dan tersenarai untuk mencubanya, pastikan anda berbuat demikian untuk bermain permua ini lebih awal. Pastikan anda kongsikan pengalaman anda bersama kami.

Leave a Reply