Dengan pelancaran Final Fantasy VII Remake yang semakin hampir menjelang April ini, hari ini Square-Enix berkongsi satu video khas pembukaan buat permainan tersebut yang mana ianya memaparkan bahagian awal “Bombing Mission” yang menjadi adegan ikonik buat permainan tersebut.

Semestinya video tersebut membuatkan kami mengenang kembali setiap kali kami bermula permainan Final Fantasy VII dan hasil kualiti grafik yang dipertontonkan oleh Square-Enix semestinya sangat memberangsangkan sekali.

Final Fantasy VII Remake akan dikeluarkan pada 10 April 2020 eksklusif di konsol PlayStation 4 sehingga 2021. Kami sebelum ini juga telah pun membuat pandang pertama buat permainan ini di mana anda boleh membacanya di bawah.

[sedang dikemaskini]

Sohor Kini