Semasa acara menghargai atlit esukan semasa temasya Sukan Asia Tenggara pada akhir tahun lepas, Domino telah menghadiahkan Dr Yew Wen Keng iaitu pemenang acara Hearthstone bekalan piza secara percuma selama 10 tahun.

Manakala untuk pasukan Mobile Legends: Bang Bang terdiri daripada Ahmad Ali Huzaifi Abdullah, Abdul Wandi Abdul Kadir, Jamil Nurolla, Izem Haqeem Hamsjid dan Muhammad Hazeem Onn yang membawa pulang pingat gansa diberikan bekalan piza secara percuma selama 2 tahun.

Trofi dan hadiah tersebut telah disampaikan oleh Shamsul Amree iaitu Naib Presiden Operasi Domino’s Pizza Malaysia dan Singapura bersama Linda Hassan iaitu Naib Presiden Kanan Pemasaran Domino’s Pizza Malaysia Dan Singapura.

Sebelum acara penyampaian tersebut, satu perbincangan mengenai industri e-sukan tempatan telah diadakan. Moderator untuk perbincangan tersebut adalah Christopher Tock daripada Captiv8.asia manakala panel pula terdiri daripada Thanesh Ganesan (Pengarah APU Esports Malaysia Academy), Lim Keat Kuang (pengasas Geek Farm), Linda Hassan (Naib Presiden Kanan Pemasaran Domino’s Pizza Malaysia Dan Singapura), Andrew Cheong/Sir Cloud (Strimer), Muhammad Farouq/Flava (Pengarah Komunikasi ESM).

Perkara ini merupakan sebahagian daripada Domino’s Esports iaitu inisiatif pembangunan esukan oleh mereka yang dilancarkan pada tahun 2018.

Sohor Kini