Informasi Permainan Video Terkini
Sesi Demo Terakhir Nioh 2 Diumumkan Bakal Berlangsung Bermula 28 Februari Sehingga 1 Mac Ini

Sesi Demo Terakhir Nioh 2 Diumumkan Bakal Berlangsung Bermula 28 Februari Sehingga 1 Mac Ini

Diterbitkan pada Feb 14, 2020 oleh .

Koei Tecmo dan Team Ninja hari ini mengumumkan yang mana mereka akan mengadakan sesi demo terakhir buat permainan Nioh 2 sebelum ianya dilancarkan Mac ini.

Menurut PlayStation Asia, sesi beta ini akan berlangsung pada 28 Februari sehingga 1 Mac 2020 ini khas di konsol PlayStation 4.

Sesi demo ini akan menyertakan 3 misi yang pemain boleh lakukan dan beberapa pengubah-suaian watak yang lebih mendalam. Menariknya, demo ini juga akhirnya akan memperlihatkan senjata baharu iaitu Switchglaive dan keupayaan untuk memanggil Yokai untuk membantu pemain bertempur.

Dukacitanya, kemajuan pemain melalui demo ini tidak akan dibawa ke permainan penuh setelah ia dilancarkan kelak.

Kami juga sebelum ini telah melaporkan yang mana Team Ninja telah pun siap membangunkan permainan tersebut yang mana ianya juga kini boleh dipra-tempah.

Nioh 2 akan dilancarkan pada 12 Mac 2020 ini di konsol PlayStation 4.


TIPS & ULASAN