Anugerah D.I.C.E merupakan acara anugerah untuk permainan video yang dianjurkan oleh Academy of Interactive Arts & Sciences. Anugerah D.I.C.E 2020 merupakan kali ke-23 acara ini dianjurkan.
Secara keseluruhan terdapat 23 kategori yang dipertandingkan, dan mungkin satu kejutan, Untitlted Goose Game telah dipilih sebagai permainan terbaik untuk anugerah D.I.C.E kali ini.
Berikut adalah senarai penuh pemenang;
- Permainan Terbaik Keseluruhan – Untitled Goose Game
- Permainan Terbaik Aksi – Control
- Permainan Terbaik Pengembaraan – Star Wars Jedi: Fallen Order
- Permainan Terbaik Keluarga – Super Mario Maker 2
- Permainan Terbaik Pertempuran – Mortal Kombat 11
- Permainan Terbaik Lumba – Mario Kart Tour
- Permainan Terbaik Role-Playing – The Outer Worlds
- Permainan Terbaik Sukan – FIFA 20
- Permainan Terbaik Strategi/Simulasi — Fire Emblem: Three Houses
- Pencapaian Teknikal Untuk Realiti Maya – Blood & Truth
- Permainan Terbaik Realiti Maya – Pistol Whip
- Permainan Terbaik Indie – Untitled Goose Game
- Permainan Mudah Alih Terbaik – Sayonara Wild Hearts
- Permainan Terbaik Dalam Talian – Apex Legends
- Pencapaian Terbaik Untuk Rekaan Permainan – Baba Is You
- Pencapaian Terbaik Untuk Arahan Permainan – Control
- Pencapaian Terbaik Untuk Animasi – Luigi’s Mansion 3
- Pencapaian Terbaik Untuk Arahan Seni – Control
- Pencapaian Terbaik Untuk Watak – Untitled Goose Game (The Goose)
- Pencapaian Terbaik Untuk Rekaan Muzik – Control
- Pencapaian Terbaik Untuk Rekaan Audio – Death Stranding
- Pencapaian Terbaik Untuk Penceritaan – Disco Elysium
- Pencapaian Teknikal Terbaik – Death Stranding
Ini merupakan satu pencapaian yang baik untuk House House iaitu pembangun untuk Untitled Goose Game. Tahniah kami ucapkan kepada semua pemenang.