Skip to main content

Quantic Dream semestinya salah satu pembangun permainan yang sangat terkenal seperti permainan Detroit: Become Human yang mana sebelum ini dilaporkan telah terjual melebihi 3 juta salinan (Tidak termasuk jualan di PC) dan pelbagai lagi permainan lain yang memfokuskan elemen naratif dengan pelbagai pengakhiran.

Terkini, melalui blog rasmi mereka, Quantic Dream mengumumkan yang mana mereka akan menerbitkan permainan mereka sendiri.

Pengumuman ini dilakukan sempena ulang tahun ke-23 mereka sejak studio tersebut ditubuhkan dan menurut David Cage, iaitu ketua pegawai eksekutif bersama Guillaume de Fondaumière, dengan penerbitan permainan mereka sendiri, mereka akan mempunyai kebebasan dari segi kadnungan dan bentuk permainan mereka dan boleh menghasilkan sesuatu dari pada luar jangkaan mereka.

Mereka juga menyatakan bahawa mereka juga berminat untuk menerbitkan permainan pembangun lain dan membantu dari segi pelaburan, sokongan pembangunan dan sebagainya. Ini sekaligus mereka tidak lagi menjadi satu studio pembangun permainan malah menjadi syarikat penerbit permainan.

Seperti yang kami laporkan sebelum ini, Quantic Dream sebelum ini juga menerima pelaburan daripada NetEase yang mana sedikit sebanyak ia membantu mereka melancarkan permainan-permainan mereka di di platform lain.

Kami di sini juga ingin mengucapkan selamat maju jaya buat Quantic Dream dan kami sendiri tidak sabar untuk melihat projek seterusnya oleh mereka.

Leave a Reply