Seperti yang dijanjikan oleh Valve sebelum ini, tarikh pelancaran permainan realiti-maya Half-Life: Alyx akhirnya diumumkan di mana ianya bakal tiba pada 24 Mac 2020 ini buat pasaran Malaysia.

Menariknya, ianya kini sudah pun boleh dipra-tempah dengan harga diskaun sebanyak 10% daripada RM95, iaitu RM85.50 di Steam.

Permainan ini akan dilancarkan di PC yang mana ia boleh dimainkan menggunakan set realiti-maya seperti Valve Index, HTC Vive, Oculus Rift, Oculus Quest dan Windows Mixed Realitiy.

Seperti yang dilaporkan oleh kami sebelum ini, permainan Half-Life: Alyx merupakan permainan realiti-maya yang memfokuskan dunia Half-Life dengan watak Alyx. Permainan ini bertempatkan di antara permainan Half-Life pertama dan Half-Life 2 yang mana pemain akan menempuh pelbagai halangan dan perlu meneruskan hidup selepas tragedi Black Mesa.

Selain itu, permainan-permainan siri Half-Life juga boleh dimainkan sehingga permainan Half-Life: Alyx dilancarkan di mana informasi lanjut berkenaannya anda boleh membaca di artikel ini.

Jadi bagi anda yang berminat dengan permainan ini dan ingin kembali ke dunia Half-Life sementara menanti Half-Life 3, anda boleh dapatkan permainan ini menjelang Mac ini.

Sohor Kini