Epic Games Store minggu ini menawarkan dua permainan percuma iaitu Kingdom Come Deliverance dan Aztez. Ia kini boleh ditebus ataupun dimuat turun sehingga 21 Februari 2020.
Kingdom Come Deliverance merupakan permainan aksi RPG dunia terbuka yang dibangunkan oleh Warhorse Studio. Ia dikeluarkan pada 2 tahun lepas. Kami sendiri pernah mengulasnya, dan merasakan ia satu permainan yang baik. Ulasan penuh anda boleh baca di Ulasan Kingdom Come: Deliverance – Permainan Baik Yang Memerlukan Banyak Penambah-baikkan.
Aztez adalah permainan strategi perlawanan side-scroller , ia dibangunkan oleh Team Colorblind dan sudah dikeluarkan pada 1 Ogos 2017 untuk PlayStation 4, PlayStation Vita, Xbox One dan PC.
Selepas berakhirnya tawaran ini, Epic Games Store akan menawarkan pula Faeria sebagai permainan percuma pada minggu depan.
[download]Epic Games Store: Kingdom: Come Deliverance[/download] [download]Epic Games Store: Aztez[/download]