Seperti yang dijanjikan oleh SEGA tahun lepas, permainan baharu Sakura Wars akhirnya disahkan bakal tiba secara global di mana ia bakal dilancarkan pada 28 April 2020 ini di konsol PlayStation 4.

Seperti yang dilaporkan oleh kami sebelum ini, permainan ini telah pun dilancarkan di pasaran Jepun dan ianya juga akan menerima siri anime khas Shin Sakura Wars.

Seperti anda sedia maklum, permainan Sakura Wars ini adalah permainan berdasarkan siri Sakura Wars yang mula diperkenalkan lebih dari 20 tahun lepas.

Melalui permainan baharu ini, ianya adalah sekuel kepada permainan Sakura Wars: So Long My Love yang dilancarkan beberapa tahun lepas dan kini ianya akan memfokuskan pelbagai watak baharu yang bertempatkan di era tahun 1940 di Tokyo, Jepun.

SEGA juga mengesahkan bahawa permainan ini akan dilancarkan secara global dengan suara latar bahasa Jepun dan sarikata bahasa Inggeris. Menariknya, seperti yang diperlihatkan di video acah di atas, versi fizikal permainan ini juga akan menyertakan sarung permainan yang berlainan di dalam dan di luar.

Untuk informasi lanjut berkenaan permainan ini termasuklah watak-watak yang direka khas oleh Kubo Tite iaitu pereka siri manga Bleach, anda boleh ke laman rasmi permainan ini.

Sohor Kini