Informasi Permainan Video Terkini
Tekken 7 Telah Terjual Sebanyak 5 Juta Salinan Setakat Penghujung Tahun Lepas
PC

Tekken 7 Telah Terjual Sebanyak 5 Juta Salinan Setakat Penghujung Tahun Lepas

Diterbitkan pada Feb 14, 2020 oleh .

Julai lepas, kami melaporkan yang mana permainan perlawanan Tekken 7 telah terjual melebih 4 juta salinan dan kini setelah tamatnya tahun 2019, Katsuhiro Harada iaitu pengarah permainan tersebut mengumumkan yang mana ianya telah pun mencapai jualan sebanyak 5 juta salinan.

Menurut beliau, jualan ini adalah setakat penghujung tahun lepas, yang mana ianya tampaknya mempunyai peningkatan jualan sebanyak 1 juta salinan dalam tempoh masa 5 bulan sahaja.

Semestinya ini adalah satu pencapaian yang sangat tinggi buat siri tersebut dan menurut Katsuhiro Harada lagi, beliau akan kongsikan imej karya khas pada masa akan datang, seperti mana yang beliau lakukan sebelum ini.

Tekken 7 telah pun dilancarkan di konsol PlayStation 4, Xbox One dan PC sejak beberapa tahun lepas dan kini permainan tersebut berada di kandungan musim ke-3 yang mana ianya menyertakan pelbagai kandungan dan watak baharu.


TIPS & ULASAN