Informasi Permainan Video Terkini
Edisi Terhad Buat Marvel’s Avengers Diperlihatkan – Menyertakan Figura Captain America Dan Pelbagai Barangan Khas
PC

Edisi Terhad Buat Marvel’s Avengers Diperlihatkan – Menyertakan Figura Captain America Dan Pelbagai Barangan Khas

Diterbitkan pada Feb 14, 2020 oleh .

Seperti yang kami laporkan sebelum ini, permainan akan datang oleh Crystal Dynamis dan Square-Enix iaitu Marvel’s Avengers ditunda sehingga September ini di mana permainan asalnya dirancang untuk dilancarkan Mei ini.

Terkini, dengan kerjasama Bandai Namco sebagai penerbit untuk permainan ini di pasaran Malaysia, mereka mengumumkan beberapa edisi terhad buat permainan tersebut yang mana ianya menyertakan pelbagai barangaSn khas.

Selain dari edisi biasa, permainan Marvel’s Avengers juga ditawarkan secara edisi Deluxe yang menyertakan set kostum Obsidian, plat nama Obsidian dan akses bermain lebih awal selama 72 jam iaitu sekitar 3 hari lebih awal dari ia dilancarkan untuk umum.

Manakala edisi terhad Marvel’s Avengers: Earth’s Mightiest Edition pula merupakan edisi khas secara fizikal yang mana ianya akan menyertakan:

  • Permainan penuh Marvel’s Avengers edisi Deluxe (bersama kostum Obsidian dan akses awal 72 jam)
  • Bekas Besi khas Avengers
  • Figura Captain America bersaiz 12 inci
  • Figura Hulk Bobblehead
  • Rantai Kunci Mjolnir
  • Pin kehormatan Avenger Kamala Khas
  • Gancu khas Black Widow
  • Cetakan biru baju perisai prototaip Iron Man
  • Gambar pasukan Avengers

Selain itu, Bandai Namco juga menyatakan buat mereka yang membuat pra-tempahan permainan ini secara digital, mereka akan menerima askes untuk beta tertutup kelak. Selain itu, mereka juga akan menerima kostum Marvel Legacy khas bersama plat nama eksklusif.

Menariknya, bagi mereka yang membuat pra-tempahan permainan ini di konsol PlayStation 4, mereka juga akan mendapat pra-tempah bonus seperti emote Ms. Marvel ” Talk To The Hand”, tema dinamik Playstation 4 “Marvel’s Avengers: Hex Pattern Logo” bersama-sama dengan plat nama Ms. Marvel dan 1,000 jumlah kredit yang boleh digunakan untuk pengubah-suaian watak adiwira di dalam permainan.

Bandai Namco juga mengesahkan buat mereka yang membuat pra-tempahan di konsol PlayStation 4 dengan mana-mana versi juga akan menerima akses beta lebih awal berbanding platform lain.

Bagi anda yang bermiant untuk membuat pra-tempahan di konsol PlayStation 4, ianya boleh dilakukan secara dengan harga bermula RM239 di PSN Store. Bagi edisi fizikal dan edisi terhad permainan ini, ianya boleh dipra-tempah melalui pengedar rasmi Bandai Namco.

Marvel’s Avengers akan dilancarkan pada 4 September 2020 ini di konsol PlayStation 4, Xbox One dan juga PC.


TIPS & ULASAN