Skip to main content

Bloomberg hari ini melaporkan yang Sony menghadapi kesukaran untuk menetapkan harga buat PlayStation 5 kerana kos produksi untuk konsol tersebut mencecah $450 (~RM1863), oleh disebabkan itu mereka dikatakan sedang menanti harga akhir Xbox Series X sebelum menetapkannya.

Berdasarkan sejarah sebelum ini di mana, kos produksi PlayStation 4 adalah $389 dan ia dijual dengan harga $399, jangkaan buat masa ini adalah PlayStation 5 akan dijual dengan harga $499 (~RM2066).

Ini mungkin satu harga yang tinggi, terutama kita sudah “dimanjakan” dengan harga yang rendah untuk PlayStation 4. Adakah ia satu harga bersesuaian dengan bajet anda?

Leave a Reply