Skip to main content

Filem Batman akan datang diarahkan oleh Matt Reeves. Ia dikatakan adalah prekuel, yang mana akan memfokuskan kisah Batman/Bruce Wayne yang masih mudah. Watak Batman/Bruce Wayne pula akan dilakonkan oleh Robert Pattinson yang mana ramai kenal beliau dalam filem Twilight.

https://vimeo.com/391277390

Sudah banyak gambar di set penggambaran diambil, kita boleh lihat Colin Farrell sebagai Penguin atau Bruce Wayne menunggang motosikal. Tetapi, Robert Pattinson dalam kostum Batman masih belum diperlihatkan sehinggalah hari ini. Buat pertama kalinya, kostum Batman untuk filem The Batman yang dipakai oleh Robert Pattinson telah didedahkan.

Kostum ini dilihat amat berbeza dengan kostum-kostum Batman lain. Lebih-lebih lagi pada bahagian logo, yang lebih nipis dan seakan dibuat sendiri. Turut kelihatan banyak penggunaan bahan-bahan besi (mungkin) yang digabungkan. Pada topeng pula dilihat seperti kulit yang dijahit dengan sendiri. Robert Pattinson pernah katakan, yang watak dan filem Batman ini akan berbeza dengan filem-filem Batman lain. Versi Batman yang akan beliau bawakan adalah lebih gila dan degil. Jika benar, filem ini adalah prekuel – kostum yang beliau pakai ini mungkin adalah prototaip atau kostum awal yang dibuat dengan sendiri. Tidak dinafikan, ia lihat seakan kostum The Flash (Ezra Miller) – gabungan pelbagai serpihan besi.

Filem ini turut akan membawakan pelakon seperti Jeffrey Wright sebagai Commissioner James Gordon, Andy Serkis sebagai Alfred Pennyworth, Colin Farrell sebagai Oswald Cobblepot (The Penguin), Zoe Kravitz sebagai Selina Kyle (Catwoman), dan John Turturro sebagai Carmine Falcone. Filem ini dijadualkan untuk ditayangkan pada Julai tahun 2021.

Leave a Reply