Altered Carbon musim kedua sudah diacah sejak Februari tahun lepas. Tarikh siaran musim kedua hanya diumumkan melalui video khas pada bulan lepas tahun ini. Kemudian Netflix kongsi video acah pendek memfokuskan watak Takeshi Kovacs lakonan Anthony Mackie. Terkini, Netflix telah kongsi video acah penuh yang memperlihatkan satu adegan mengejutkan.
Dalam video acah ini, kita dapat lihat yang Takeshi Kovacs cuba biasakan diri dengan “badan” baru beliau. Beliau turut dibantu oleh seorang teman dengan berpakaian klasik yang seakan tidak kena dengan latar masa mereka. Bukan itu sahaja, video ini juga memperlihatkan aksi gempak yang cemas, pelik dan mendebarkan. Ada juga beberapa saat klip memperlihatkan satu kerajaan atau mungkin organisasi yang mungkin jahat siap sedia beraksi dan ada juga klip yang mempunyai robot-tobot di dalamnya. Kita tahu yang siri TV ini pasti akan ada ramai musuh. Paling mengejutkan adalah akhir video acah ini, ia memperlihatkan Anthony Mackie sedang bergaduh dengan Will Yun Lee – iaitu watak Takeshi Kovacs yang asal yang muncul dalam musim pertama.

Altered Carbon musim kedua akan memfokuskan watak Takeshi yang ingin mencari kekasih lama dan telah terlibat dengan misteri sehingga mempersoalkan – siapakah identiti sebenar kekasih beliau Quellcrist Falconer.