Gearbox Software minggu ini mengumumkan acara masa terhad bersempena hari kekasih untuk Borderlands 3 iaitu Broken Hearts Day. Ia berlangsung daripada 14 Februari 2020 sehingga 21 Februari 2020.

Semasa acara ini berlangsung, pemain hanya perlu bermain seperti biasa akan tetapi simbol hati akan berterbangan di atas penjahat, pemain perlu menembaknya dan setiap hati yang hancur akan memberika pelbagai kesan yang berbeza seperti letupan ataupun menjadikan penjahat membantu anda.

Pemain akan mendapat pelbagai ganjaran mengikut jumlah keseluruhan simbol hati yang ditembak/dipecahkan, seperti berikut;

  • 10 – Kostum “ECHOcardiogram” ECHO
  • 25 – “Cosmic Romance” Weapon Trinket
  • 50 – “Terminal Polyaimorous” Legendary Maliwan SMG
  • 75 – Kostum “Heartbreaker” V
  • 100 – “Wedding Invitation” Legendary Jakobs Sniper Rifle

Pemain boleh memilih untuk tidak menyertai acara ini melalui tetapan di bahagian depan, akan tetapi jika bermain secara dalam talian, hos sesi permainan tersebut akan menentukannya.

Borderlands 3 telah pun dikeluarkan untuk PlayStation 4, Xbox One dan PC. Kami sebelum telah mengeluarkan ulasan untuknya, dan merasakan ia adalah antara permainan looter shooter terbaik.

Sohor Kini