Skip to main content

Respawn Entertainment hari ini melancarkan acara masa terhad Valentine’s Day Rendezvous untuk permainan pertempuran royale mereka Apex Legends sehingga 18 Februari 2020.

Melaluinya, mereka menyertakan pelbagai ganjaran yang yang memfokuskan kepada bermain berdua, mod Duos hadir kembali sepanjang acara masa terhad ini.

Berikut adalah antara kelebihan lain yang disertakan;

  • Setia pemain yang memasuki Apex Legends sepanjang acara ini akan mendapat lencana Valentines 2020
  • Pemain yang bermain mod Duos akan mendapat dua kali ganda XP, dihadkan kepada 20 ribu XP sehari.

Pemain juga berpeluang untuk mendapatkan barangan-barangan bersempena hari kekasih iaitu charm Love Struck dan hiasan senjata Longbow Through the Heart pada 12 Feb sehingga 15 Februari dan charm Lovefinder serta hiasan nama Love of the Game pada 16 Februari sehingga 19 Februari.

Selain itu, pemain juga berpeluang untuk membeli pek Assimilation yang menyertakan kostum Royal Death untuk Revenant dan 600 Apex Coins dengan harga S$8 (RM23).

Apex Legends sudah dikeluarkan untuk PlayStation 4, Xbox One dan PC.

Leave a Reply