Skip to main content

E3 ataupun lebih dikenali sebagai Eletronic Entertainment Expo yang di adakan setiap tahun di Amerika Syarikat sekitar bulan Jun semestinya salah satu acara tahunan yang menjadi penantian untuk ramai peminat permainan video.

Terkini, setelah Sony dilaporkan tidak akan menghadiri acara tersebut, Geoff Keigley iaitu penerbit untuk acara The Game Awards dan E3 Coliseum mengumumkan yang mana beliau juga akan menarik diri dari acara tersebut.

Menurut kenyataan Geoff Keigley, beliau telah bersama acara tersebut selama 25 tahun dan ini adalah kali pertama beliau tidak lagi akan terlibat dengan acara tersebut. Selain itu, beliau juga menyatakan bahawa beliau masih lagi akan menyokong industri permainan video melalui cara lain.

Menariknya, menurut laporan Hollywood Reporter, sebab mengapa Geoff Keigley menarik diri adalah beliau tidak selesa dengan rancangan penganjur acara tersebut, iaitu ESA. Dari segi kenyataan lain, Geoff Keigley menyatakan kenapa beliau mengumuhkannya lebih awal adalah kerana beliau berharap agar peminat mengetahui perkara ini lebih awal sebelum mula membeli tiket ke acara tersebut.

Namun, dari segi kenyataan daripada ESA, mereka hanya menyatakan bahawa mereka akan terus mengadakan acara E3 dengan gaya baharu untuk menghubungkan lebih ramai peminat seluruh dunia.

Meskipun begitu, beberapa tahun lepas anda juga pasti mengetahui beberapa masalah yang dihadapi ketika acara E3 di mana salah satunya data-data pengunjung dan wartawan yang secara tidak sengaja tertiris dan keadaan ini semestinya menjadi semakin buruk apabila senarai penerbit dan pembangun permainan juga secara tidak sengaja tertiris di laman rasmi E3.

Berdasarkan apa yang dikongsikan, kelihatan laman tersebut tidak sepatutnya disiarkan kepada umum yang mana kini tidak lagi boleh diakses. Berdasarkan apa yang tertiris, kelihatan terdapat 18 penerbit dan pembangun utama yang akan tiba seperti Activision, Bandai Namco, Capcom dan sebagainya.

Semestinya maklumat yang tertiris ini tidaklah seteruk data yang tertiris beberapa tahun lepas. Akan tetapi, ianya masih lagi agak mendukacitakan untuk penganjur salah satu acara terbesar buat industri permainan video menghadapi masalah ini dan dengan masalah wabak koronavirus yang semakin berleluasa baru-baru ini, adakah kita mungkin akan melihat acara E3 dibatalkan tahun ini?

Seperti biasa kami akan melaporkan sebarang informasi lanjut setelah ianya dikongsikan kelak.

Leave a Reply