2018 lepas, Bandai Namco mengumumkan permainan MMORPG yang mereka bangunkan khas di konsol Xbox One iaitu Bless Unleashed dan kini, tarikh pelancaran permainan akhirnya diumumkan di mana ia bakal tiba pada 12 Mac 2020 ini.
Seperti yang kami laporkan sebelum ini, permainan ini akan dilancarkan secara percuma dan pemain berupaya untuk mengembara dan bertempur dengan pelbagai jenis raksasa di samping berinteraksi dengan permainan lain khas melalui permainan MMORPG ini.
Selain itu, bagi anda yang bermain lebih awal, anda juga boleh membeli pek Founder yang menawarkan beberapa hari akses awal untuk bermain permainan ini.

Berikut adalah senarai pek yang disediakan bermula pek Deluxe yang memberi akses awal sehingga 7 hari sehinggalah pek Ultimate yang menyediakan akses awal sehingga 15 hari.
Untuk informasi lanjut permainan ini dan pendaftaran untuk akaun Bless Unleashed, anda boleh ke laman rasmi Bless Unleashed di bawah.
[info] Layari: Bless Unleashed [/info]