PlayStation Kongsi Video Yang Pelik Bersempena Hari Kekasih

Hari Kekasih akan disambut pada 14 Februari ini, bersempena dengannya Sony telah berkongsi video khas untuk PlayStation. Jika anda menjangkakan video yang mesra ataupun yang memperlihatkan permainan yang boleh dimainkan secara koperasi, anda salah kerana ia adalah satu video yang sangat pelik.

Video tersebut memperlihatkan sepasukan tentera memasuki kawasan, selepas membuka satu bilik didapati terdapat ratusan mungkin ribuan jantung sedang berdegup. Bersama dengan jantung tersebut, terdapat PlayStation 4 Pro yang disambung ke jantung tersebut.

Video tersebut diakhiri dengan “Feel the Power of PlayStation” dan disambung dengan “Feel more than love this Valentine’s” di bahagian keterangan.

Jadi bagi anda yang tidak menyambut hari kekasih kelak, jom lah kita merasai kekuasaan PlayStation.

Sohor Kini