2K mengumumkan yang salah satu studio pembangunan mereka iaitu 2K Silicon Valley yang ditubuhkan pada tahun ini akan dinamakan sebagai 31st Union, mereka juga mengatakan yang studio tersebut akan membuka cawangan di luar Amerika Syarikat bermula dengan di Sepanyol.
Presiden studio baharu ini Michael Condrey juga mengatakan yang mereka sedang membangunkan satu IP baharu yang buat masa ini masih tidak diumumkan.
Ini satu perkembangan yang baik untuk 2K, di mana mereka sebelum ini memfokuskan untuk menghasilkan studio di bawah jenama 2K dan setiapnya akan membangunkan projek yang diberikan oleh 2K. Dengan menghasilkan studio yang “bebas”, ia akan memfokuskan kepada projek tersendiri.